BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 1, 2010

PROGRAM SELEPAS PMR 2010

Lawatan Ke Kilang Roti, Kilang coklat dan Mini Akuarium.
Program tersebut akan diadakan pada 19 Oktober 2010 (Selasa).
Bayaran adalah sebanyak RM 39.00 shj.
Kepada pelajar yang berminat boleh berjumpa dengan Puan Nor Azalaila untuk membuat tempahan dengan kadar yang segera.
Tempat adalah terhad kepada 80 orang pelajar sahaja...
Pat-pat siku lipat,
sape cepat dier dapat....
Harap Maklum.

ON-LINE MATRIKULASI

Kepada semua pelajar Tingkatan Lima yang telah menempah nombor matrikulasi daripada Unit Bimbingan Dan Kaunseling, sila berjumpa dengan Puan Kang Kooi Li untuk mendapatkan no iD tersebut.
Pelajar boleh mengisiborang permohonan secara onl-line mulai 01 Julai - 10 Oktober 2010.
laman web : http://www.moe.gov.my sila klik untuk on-line. Harap Maklum....

Wednesday, April 14, 2010

SENAMAN 1MALAYSIA

Senaman 1Malaysia telah diadakan pada 14 april 2010 ( rabu ) bagi melahirkan warga cochraneans yang sihat dan mengamalkan prinsip 1Malaysia. Senaman ini telah dikendalikan oleh Program Pra-Universiti ( PPU). Senaman 1Malaysia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada guru-guru dan pelajar SMK Cochrane. Tahniah kepada Semua warga Cochraneans di atas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan.
Semoga dapat bersenam lagi pada masa akan datang.

we love cochraneans............


video

Monday, April 12, 2010

Perjumpaan Kelab UBK 2010

Perjumpaan Kelab UBK akam diadakan seperti berikut :

Tarikh : 13 April 2010
Hari : Selasa
Masa : 2.30 - 4.30
Tempat : Dewan Terbuka

###Kehadiran Ahli Kelab UBK adalah Diwajibkan...

KELAS TUISYEN NADI DBKL 2010(PMR)

Perhatian kepada semua pelajar yang terlibat dengan tuisyen nadi DBKL 2010 ( PMR ),
kelas tuisyen akan diadakan seperti berikut bermula 05 april 2010 :

Setiap Hari Isnin ( 2.30 - 4.30 ) - Subjek Matematik ( Puan Roz Azean )

Setiap Hari Rabu ( 2.30 - 4.30 ) - Subjek Sains ( En Azhar )

Setiap Hari Khamis ( 2.30 - 4.30 ) - Subjek Bahasa Inggeris ( Cik Haslini )

kelas Tuisyen tersebut akan diadakan di Tingkatan 5 Dinamik.
***sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian..

ldp 1 2010

terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan ole guru-guru dalam menjayakan Latihan Dalam Perkhidmatan 1 yang telah diadakan di Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan ( PTPL ) sentral, kuala lumpur.

Wednesday, June 3, 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPU 2009

Pada 26 & 27 May 2009 yang lalu, bertempat di SMK Kiaramas satu pertandingan Karnival Kerjaya Sains Dan Teknologi peringkat negeri ( Kuala Lumpur ) telah diadakan. Tema kali ini adalah " Sains dan Teknologi Asa Keutuhan Ekonomi Negara". Pada pertandingan tersebut, SMK Cochrane telah menyertai 3 kategori iaitu, Eksplorasi Alam Kerjaya ( EAK ), Membina Media Maklumat ( MM ) dan Melukis Kain Rentang.
Pada pertandingan tersebut, SMK Cochrane telah mendapat JOHAN dalam kategori EAK dan MM. Manakala Melukis Kain Rentang mendapat tempat ke 4.
TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua peserta SMK Cochrane kerana berjaya melonjakkan nama Cochraneans...
Dengan mendapat JOHAN bagi kategori EAK dan MM, SMK Cochrane akan mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 8hb - 11 hb Jun 2009 yang bertempat di Universiti Teknologi Petronas ( UTP ) Perak.
Diharapkan pesert SMK Cochrane akan menaikkan nama sekolah amnya dan nama Kuala lumpur khususnya.
Semoga peserta EAK dan MM akan meneruskan kejayaan yang membanggakan di peringkat Kebangsaan nanti.
KEJAYAAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI SEMUA.