BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, April 24, 2009

ROCKET LAUNCHING TARGETING & PARACHUTE

Pasukan SMK Cocharane yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat telah menyertai satu Pertandingan 'Water Rocket' yang bertempat Di SK MTD pada 22 dan 23 April yang lepas. Pada pertandingan tersebut, pasukan sekolah telah mendapat tempat ke 4 daripada 80 buah pasukan yang bertanding.
Peserta sekolah terdiri daripada;
1) Mohd Naim Harith b Mustapha Kamal 4 Pintar
2) Ahmad Akhmal b Ahmad 4 Harapan
3) Kashwin Kumar 4 Dinamik
Guru Pembimbing :
1) En Zazuan Hamzah
2) Puan Maziah Jaafar

Pertandingan Kompang & Informasi 2009

Pada 18 April 2009, satu Pertandingan Kompang & Informasi telah diadakan. Pasukan Kompang SMK Cocharane telah mendapat tempat ke 4 drp 30 pasukan yang bertanding.

Thursday, April 23, 2009

Keputusan Bola Baling Peringkat MSSM Kuala Lumpur

Pada 21, 22, dan 23 April 2009, SMK Cochrane telah menyertai Pertandingan Bola Baling Peringkat MSSM Kuala Lumpur yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Kokurikulum Cochrane. SMK Cochrane telah menghantar 3 pasukan yang terdiri daripada Pasukan Perempuan ( Bawah 15 tahun dan 18 tahun), serta pasukan lelaki (bawah18 tahun.)
Berikut adalah keputusan yang telah dicapai oleh pasukan Bola Baling Sekolah.
Perempuan 15 tahun : Johan Kejohanan
Perempuan 18 tahun : Ketiga kejohanan
Lelaki 18 tahun : Tempat ketiga kumpulan

Pasukan Zon pudu juga telah meraih Johan Keseluruhan Pada Kejohanan Bola Baling pada kali ini.

Guru pengiring/ jurulatih Pasukan Bola Baling SMK Cocharane ialah ;
1) En Ahmad Shafee
2) En Roslan
3) Cik Noraini
4) Cik Fadillah

Tahniah daripada Warga Cochraneans di atas Pencapaian yang mengharumkan nama SMK Cochrane.

Wednesday, April 22, 2009

motivasi

“Bercakap” jangan “bercakap-cakap”


Sebagai seorang pelajar sekolah yang cemerlang mereka seharusnya mampu mengeluarkan pandangan, buah fikiran yang bernas maupun memberi kritikan yang membina dengan tujuan untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif serta membina keperibadian dan ketrampilan diri yang unggul. Ia menjadi satu keperluan kepada diri pelajar sebagai satu persediaan bukan sahaja untuk melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi malah sebagai langkah penyuburan diri dalam karier masing-masing nanti.

Untuk mencapai hasrat yang murni ini, pelajar perlulah “bercakap” dengan erti kata digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Melalui percakapan yang dilahirkan dalam mesyuarat, perbincangan, perbahasan atau persembahan, mereka mampu mengasah bakat serta memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu sepertimana yang dihasratkah oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang dikesalkan ialah pelajar lebih gemar ”bercakap-cakap” daripada ”bercakap”. Apa yang dimaksudkan dengan ”bercakap-cakap” ialah berbual kosong, mengkritik tanpa rasional atau hanya ingin berbuat bising dengan bertujuan untuk menggagalkan sesuatu program yang ingin dijalankan.

Pelajar begini hanya berani bercakap-cakap di belakang tetapi tidak berani menonjokan diri dalam sesuatu majlis. Mereka sebenarnya penakut kerana tidak ingin bertanggunjawab dengan apa yang mereka katakan. Mereka lebih suka agar segala perancangan yang baik itu tidak dapat dinikmati oleh sesiapapun termasuk mereka sendiri. Pelajar seumpama ini mengamalkan tabiat apa yang diistilahkan oleh Pakar Motivasi Stephen Covey sebagai gagal/gagal.

Di antara perlakuan yang harus dilakukan oleh pelajar agar diri mereka sentiasa cemerlang ialah:

• Menyertai aktiviti secara aktif: Walaupun aktiviti diwajibkan untuk pelajar menyertainya tetapi ia bukanlah hakikat sebenar untuk menyertai sesuatu aktiviti. Penyertaan seharusnya menyeluruh bukan sekadar untuk memenuhi jadual kedatangan sahaja. Pelajar boleh mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti atau menjadi anggota ahli jawatankuasa ataupun sekurang-kurangnya menjadi pembantu kepada rakan peserta. Dengan cara ini pelajar mampu belajar berbagai pengalaman melalui penglibatan tersebut.

• Pemindahan ilmu: Pelbagai ilmu dipelajari dalam penyertaan pelbagai aktiviti. Ilmu, pengetahuan dan pengalaman bukan hanya berakhir di situ sahaja, tetapi boleh diperkembang, diguna dan dipindahkan ke dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh dalam aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah pelbagai teknik telah dipelajari untuk memberi bantuan kecemasan. Dalam hal ini sekurang-kurangnya teknik ini dapat digunakan dalam kehidupannya maupun dalam kehidupan masyarakat umum.

Justeru, pelajar harus mengambil bahagian secara aktif agar hasilannya nanti dapat memberi menfaat ke arah pembangunan diri.

Aktiviti untuk anda:

Bincangkan bagaimana aktiviti yang diceburi di sekolah dapat memberi menfaat dalam kehidupan seharian pelajar. Beri contoh-contoh yang spesifik.

Karnival PPDa

Pada 11 April 2009 ( Sabtu ) , Pertandingan Karnival PPDa peringkat Zon Pudu telah diadakan. Tempat pertandingan adalah seperti berikut :
SMK Cheras : Dikir Barat
SMK Seri Permaisuri : ePPDa dan Nasyid
SMK Seri Tasik : Poster dan Sajak

Dalam pertandingan tersebut SMK Cochrane telah mencapai keputusan yang agak membanggakan iaitu telah mendapat tempat :

-Kedua bagi kategori Dikir Barat
-Ketiga bagi kategori ePPDa
-keempat bagi kategori Nasyid
-Kelima bagi kategori Poster menengah rendah
-Ketujuh bagi kategori Sajak

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah
mengharumkan nama SMK Cochrane.



Peserta Nasyid


Peserta ePPda