BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 3, 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPU 2009

Pada 26 & 27 May 2009 yang lalu, bertempat di SMK Kiaramas satu pertandingan Karnival Kerjaya Sains Dan Teknologi peringkat negeri ( Kuala Lumpur ) telah diadakan. Tema kali ini adalah " Sains dan Teknologi Asa Keutuhan Ekonomi Negara". Pada pertandingan tersebut, SMK Cochrane telah menyertai 3 kategori iaitu, Eksplorasi Alam Kerjaya ( EAK ), Membina Media Maklumat ( MM ) dan Melukis Kain Rentang.
Pada pertandingan tersebut, SMK Cochrane telah mendapat JOHAN dalam kategori EAK dan MM. Manakala Melukis Kain Rentang mendapat tempat ke 4.
TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua peserta SMK Cochrane kerana berjaya melonjakkan nama Cochraneans...
Dengan mendapat JOHAN bagi kategori EAK dan MM, SMK Cochrane akan mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 8hb - 11 hb Jun 2009 yang bertempat di Universiti Teknologi Petronas ( UTP ) Perak.
Diharapkan pesert SMK Cochrane akan menaikkan nama sekolah amnya dan nama Kuala lumpur khususnya.
Semoga peserta EAK dan MM akan meneruskan kejayaan yang membanggakan di peringkat Kebangsaan nanti.
KEJAYAAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI SEMUA.