BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, May 15, 2009

KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT ZON PUDU 2009

Pada 21 dan 22 April 2009, SMK Cochrane telah menyertai KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT ZON PUDU 2009 yang bertempat di SM Teknik Kuala Lumpur.
SMK Cochrane telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Membina Media Maklumat, Folio Kerjaya, Eksplorasi Alam Kerjaya, Pertandingan Melukis Kain Rentang dan Melukis Poster.
Berkat usaha yang gigih dan tidak mengenal erti penat dan jemu, serta dorongan dari semua warga Cochrane, kejayaan telah menjadi milik pasukan Cochraneneans.

KEPUTUSAN
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT ZON PUDU 2009..

JOHAN : Membina Media Maklumat
Eksplorasi Alam Kerjaya ( Johan Dokumentasi & Johan Multimedia)
Melukis Kain Rentang
KETIGA : Folio Kerjaya
SAGUHATI : Melukis Poster Kerjaya


SMK Cochrane juga telah menjadi JOHAN Keseluruhan
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT ZON PUDU 2009.

Berikut adalah Senarai Nama Peserta yang mewakili sekolah dalam
KARNIVAL PENDIDIKAN KAUNSELING KERJAYA PERINGKAT ZON PUDU 2009.

PERTANDINGAN MEDIA MAKLUMAT

GURU PEMBIMBING : PUAN NABIRA MOHD. SHAH

PESERTA..


NAMA

JANTINA

TING

SYAKIR ASYRAF B. YAACOB

L

4 Pintar

NUR FATIHAH BT. YUSOFF

P

4 Harapan

MUHAMMAD AMIRUL HARIZ B. MOHD. YUNOS

L

4 Pintar

MUHD. RAHIMI B. RAMZAN

L

4 Harapan



EKSPLORASI ALAM KERJAYA
GURU PEMBIMBING : ENCIK ADNAN DAUD
PUAN ROZ AZEAN RAMLAN
PESERTA...

NAMA

JANTINA

TING

MOHD. FAIZ HASSIM

L

5 Unggul

AZRUL SHAHNAZIR B. ABDUL RAHMAN

L

5 Unggul

NG KEN YUNG

L

5 Unggul

TENG CHEN HUI FIONA

P

5 Ikhlas



PERTANDINGAN KAIN RENTANG

GURU PEMBIMBING : PUAN KANG KOOI LI

PESERTA ....

NAMA

JANTINA

TING

CHANG YEE SHAN

P

5 Unggul

TAN SI YING

P

5 Harapan

WAAN JIAN JUAN

L

5 Efisien

YAP SUAN ZI

P

5 Dinamik



PERTANDINGAN FOLIO

GURU PEMBIMBING : PUAN NOR AZALAILA ABU BAKAR

PESERTA .....

NAMA

JANTINA

TING

SITI HAJAR BT. AZMAN

P

4 Pintar

MOHAMAD AIZI EZANI EDIRUDZIN

L

4 Pintar

MUHAMMAD TAQIYUDDIN BIN SURURI

L

4 Pintar

MUHAMMAD AKHMAL AFIQ B. AZIZAN

L

4 Pintar



PERTANDINGAN MELUKIS POSTER

GURU PEMBIMBING : PUAN KANG KOOI LI

PESERTA ....


NAMA

JANTINA

TING

WONG YI TING

P

5 Ikhlas




SYABAS DAN TAHNIAH DARI UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING DAN WARGA COCHRANEANS DI ATAS KEJAYAAN YANG MEMBANGGAKAN DAN MENAIKKAN NAMA SEKOLAH.

Friday, April 24, 2009

ROCKET LAUNCHING TARGETING & PARACHUTE

Pasukan SMK Cocharane yang terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat telah menyertai satu Pertandingan 'Water Rocket' yang bertempat Di SK MTD pada 22 dan 23 April yang lepas. Pada pertandingan tersebut, pasukan sekolah telah mendapat tempat ke 4 daripada 80 buah pasukan yang bertanding.
Peserta sekolah terdiri daripada;
1) Mohd Naim Harith b Mustapha Kamal 4 Pintar
2) Ahmad Akhmal b Ahmad 4 Harapan
3) Kashwin Kumar 4 Dinamik
Guru Pembimbing :
1) En Zazuan Hamzah
2) Puan Maziah Jaafar

Pertandingan Kompang & Informasi 2009

Pada 18 April 2009, satu Pertandingan Kompang & Informasi telah diadakan. Pasukan Kompang SMK Cocharane telah mendapat tempat ke 4 drp 30 pasukan yang bertanding.

Thursday, April 23, 2009

Keputusan Bola Baling Peringkat MSSM Kuala Lumpur

Pada 21, 22, dan 23 April 2009, SMK Cochrane telah menyertai Pertandingan Bola Baling Peringkat MSSM Kuala Lumpur yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Kokurikulum Cochrane. SMK Cochrane telah menghantar 3 pasukan yang terdiri daripada Pasukan Perempuan ( Bawah 15 tahun dan 18 tahun), serta pasukan lelaki (bawah18 tahun.)
Berikut adalah keputusan yang telah dicapai oleh pasukan Bola Baling Sekolah.
Perempuan 15 tahun : Johan Kejohanan
Perempuan 18 tahun : Ketiga kejohanan
Lelaki 18 tahun : Tempat ketiga kumpulan

Pasukan Zon pudu juga telah meraih Johan Keseluruhan Pada Kejohanan Bola Baling pada kali ini.

Guru pengiring/ jurulatih Pasukan Bola Baling SMK Cocharane ialah ;
1) En Ahmad Shafee
2) En Roslan
3) Cik Noraini
4) Cik Fadillah

Tahniah daripada Warga Cochraneans di atas Pencapaian yang mengharumkan nama SMK Cochrane.

Wednesday, April 22, 2009

motivasi

“Bercakap” jangan “bercakap-cakap”


Sebagai seorang pelajar sekolah yang cemerlang mereka seharusnya mampu mengeluarkan pandangan, buah fikiran yang bernas maupun memberi kritikan yang membina dengan tujuan untuk menjana pemikiran yang kritis dan kreatif serta membina keperibadian dan ketrampilan diri yang unggul. Ia menjadi satu keperluan kepada diri pelajar sebagai satu persediaan bukan sahaja untuk melangkah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi malah sebagai langkah penyuburan diri dalam karier masing-masing nanti.

Untuk mencapai hasrat yang murni ini, pelajar perlulah “bercakap” dengan erti kata digalakkan mengambil bahagian secara aktif dalam pelbagai aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Melalui percakapan yang dilahirkan dalam mesyuarat, perbincangan, perbahasan atau persembahan, mereka mampu mengasah bakat serta memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu sepertimana yang dihasratkah oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Apa yang dikesalkan ialah pelajar lebih gemar ”bercakap-cakap” daripada ”bercakap”. Apa yang dimaksudkan dengan ”bercakap-cakap” ialah berbual kosong, mengkritik tanpa rasional atau hanya ingin berbuat bising dengan bertujuan untuk menggagalkan sesuatu program yang ingin dijalankan.

Pelajar begini hanya berani bercakap-cakap di belakang tetapi tidak berani menonjokan diri dalam sesuatu majlis. Mereka sebenarnya penakut kerana tidak ingin bertanggunjawab dengan apa yang mereka katakan. Mereka lebih suka agar segala perancangan yang baik itu tidak dapat dinikmati oleh sesiapapun termasuk mereka sendiri. Pelajar seumpama ini mengamalkan tabiat apa yang diistilahkan oleh Pakar Motivasi Stephen Covey sebagai gagal/gagal.

Di antara perlakuan yang harus dilakukan oleh pelajar agar diri mereka sentiasa cemerlang ialah:

• Menyertai aktiviti secara aktif: Walaupun aktiviti diwajibkan untuk pelajar menyertainya tetapi ia bukanlah hakikat sebenar untuk menyertai sesuatu aktiviti. Penyertaan seharusnya menyeluruh bukan sekadar untuk memenuhi jadual kedatangan sahaja. Pelajar boleh mengambil bahagian dalam sesuatu aktiviti atau menjadi anggota ahli jawatankuasa ataupun sekurang-kurangnya menjadi pembantu kepada rakan peserta. Dengan cara ini pelajar mampu belajar berbagai pengalaman melalui penglibatan tersebut.

• Pemindahan ilmu: Pelbagai ilmu dipelajari dalam penyertaan pelbagai aktiviti. Ilmu, pengetahuan dan pengalaman bukan hanya berakhir di situ sahaja, tetapi boleh diperkembang, diguna dan dipindahkan ke dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh dalam aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah pelbagai teknik telah dipelajari untuk memberi bantuan kecemasan. Dalam hal ini sekurang-kurangnya teknik ini dapat digunakan dalam kehidupannya maupun dalam kehidupan masyarakat umum.

Justeru, pelajar harus mengambil bahagian secara aktif agar hasilannya nanti dapat memberi menfaat ke arah pembangunan diri.

Aktiviti untuk anda:

Bincangkan bagaimana aktiviti yang diceburi di sekolah dapat memberi menfaat dalam kehidupan seharian pelajar. Beri contoh-contoh yang spesifik.

Karnival PPDa

Pada 11 April 2009 ( Sabtu ) , Pertandingan Karnival PPDa peringkat Zon Pudu telah diadakan. Tempat pertandingan adalah seperti berikut :
SMK Cheras : Dikir Barat
SMK Seri Permaisuri : ePPDa dan Nasyid
SMK Seri Tasik : Poster dan Sajak

Dalam pertandingan tersebut SMK Cochrane telah mencapai keputusan yang agak membanggakan iaitu telah mendapat tempat :

-Kedua bagi kategori Dikir Barat
-Ketiga bagi kategori ePPDa
-keempat bagi kategori Nasyid
-Kelima bagi kategori Poster menengah rendah
-Ketujuh bagi kategori Sajak

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah
mengharumkan nama SMK Cochrane.



Peserta Nasyid


Peserta ePPda